Syarikat Ajinomoto Mempromosikan “Kurang Garam, Umami Je” untuk Gaya Hidup Sihat

 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Pemakanan yang berhemah adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan sendiri. Ajinomoto (M) Berhad (AMB), melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), berterusan dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan melaksanakan kempen “Kurang Garam, Umami Je” sehingga 30 September 2022.

AMB prihatin mengenai situasi semasa di mana menurut Kajian Pengambilan Garam Populasi Malaysia (MyCoSS), 79% rakyat Malaysia mengambil garam yang berlebihan iaitu purata kira-kira 7.9 g atau 1.6 sudu teh garam setiap hari. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, kencing manis, strok, dan pelbagai lagi.

Bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan mendidik rakyat Malaysia tentang pengurangan pengambilan garam melalui Perencah Umami AJI-NO-MOTO®, AMB telah mengatur pelbagai aktiviti sepanjang kempen “Kurang Garam, Umami Je”. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM11,000 dengan menyertai cabaran resipi pengurangan sodium yang akan berakhir pada 17 September 2022.

Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang anda untuk menerima kad resipi percuma dengan pembelian minimum RM5 bagi produk Perencah Umami AJI-NO-MOTO® dari Kedai Rasmi Ajinomoto Malaysia di platform e-dagang Shopee dan Lazada, sah sehingga 30 September 2022.

AMB berharap melalui inisiatif ASV ini, kami dapat mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil makanan yang kurang garam lagi lazat dengan Perencah Umami AJI-NO-MOTO® bagi “Eat Well, Live Well”! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi di @MyAjinomoto & @HiAjinomotoMY atau laman web di www.ajinomoto.com.my & umamilicious.my/.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor Azwin di +60-3-7980 6958 (Ext 264) atau meor@ajikl.com.my  

Siaran Akhbar