Syarikat Ajinomoto Menggalakkan "Pemakanan Sihat, Kehidupan Aktif" pada Bulan Nutrisi Malaysia 2021

Ajinomoto Company Promotes “Healthy Eating, Active Living” in Nutrition Month Malaysia 2021

 

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2021 - Program Bulan Nutrisi Malaysia (NMM), ditubuhkan pada tahun 2002, telah diiktiraf sebagai inisiatif pendidikan nutrisi utama negara yang dianjurkan oleh tiga organisasi profesional nutrisi dan dietetik terkemuka di negara ini. Pada tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) akan terus menjadi penaja utama dalam inisiatif penyebaran kesedaran mengenai "Pemakanan Sihat, Kehidupan Aktif" dalam Acara Maya NMM 2021, bersempena temanya, Kunci Memerangi Ancaman Kesihatan.

Melalui kepakaran mereka dalam teknologi AminoScience, AMB dapat menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sebagai sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Pengambilan garam yang berlebihan merupakan masalah kesihatan sedunia yang Kumpulan Ajinomoto berkelebihan untuk menyelesaikan. Kepakaran mereka dalam teknologi asid amino dapat membantu menurunkan kandungan sodium sambil mengekalkan keenakan makanan melalui keajaiban umami. Sejajar dengan usaha kumpulan mereka, Perencah Umami yang terkenal digunakan untuk mempromosikan makanan rendah sodium dan sihat.

Pelbagai jenis resipi telah dicipta untuk mempromosikan masakan di rumah yang sihat dan enak, terutama sekali semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). AMB juga akan mengadakan beberapa kelas memasak secara maya serta cabaran resipi rendah sodium untuk meningkatkan keberkesanan memasak masakan rendah sodium di rumah. Rebutlah peluang anda untuk menyertai program ini dengan mengunjungi laman Facebook Hi Ajinomoto atau NMM Virtual Event 2021.

AMB juga merupakan penyokong kuat kehidupan aktif dan mempercayai bahawa latihan fizikal yang mencukupi akan membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh untuk memerangi COVID-19. Minuman Berperisa Jeli Epal aminoVITAL®, jenama nombor 1 di Jepun, dapat membantu orang ramai untuk menyediakan tubuh mereka dengan lebih baik bagi latihan sukan atau rutin latihan di rumah, serta menyokong mereka dalam pelbagai aktiviti. Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik dalam “Move with aminoVITAL® Challenge” dengan mengongsikan gambar rutin senaman anda ke halaman Facebook amino VITAL Malaysia.

Bukan itu sahaja, sebuah siri permainan turut akan diadakan untuk orang ramai mengambil bahagian. Semakin banyak permainan yang anda sertai, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi Hadiah Utama Cabutan Bertuah Ajinomoto! Tiga (3) pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 seorang, jadi cubalah nasib anda hari ini dengan mengunjungi gerai maya AMB! Acara maya akan berlangsung dari 5 Ogos hingga 5 September 2021 di virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org.my/ajinomoto.

Dengan inisiatif ASV ini, AMB sangat berharap agar kami dapat mendukung masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup "Pemakanan Sihat, Kehidupan Aktif" sepanjang pertempuran kita bersama melawan COVID-19, sambil kekal selamat dalam tempoh ini. Sejajar dengan tema NMM tahun ini, kami mencabar anda untuk memerangi ancaman kesihatan dan "Eat Well, Live Well".

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar