Syarikat Ajinomoto Menggalakkan Rakyat Malaysia “Makan Sihat, Hidup Aktif” di NMM 2022

Ajinomoto Company Encourages Malaysians to “Eat Healthy, Live Active” in NMM 2022

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – Ajinomoto (M) Berhad (AMB) meneruskan inisiatif dalam menyebarkan kesedaran mengenai “Makan Sihat, Hidup Aktif” dengan menjadi penaja utama Bulan Pemakanan Malaysia 2022 untuk tahun keempat berturut-turut. Ini merupakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) telah diasaskan pada 2002 dan dikenali sebagai inisiatif promosi pemakanan utama negara yang dianjurkan oleh tiga organisasi profesional nutrisi dan dietetik terkemuka di Malaysia.

Tahun ini, NMM 2022 menganjurkan program secara maya dari 19 – 31 Julai 2022 di https://virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org.my. Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai NMM 2022 dengan mengunjungi reruai AMB dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000. Lebih banyak permainan yang anda sertai, lebih tinggi peluang untuk anda menang!

Selain itu, terdapat pelbagai permainan interaktif, video dan bahan pendidikan tersedia di reruai AMB seperti trivia dan maklumat tentang Umami, makanan lazat dengan kurang kandungan garam, Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA), resipi untuk Individu Aktif dan Warga emas, serta banyak lagi.

Melalui inisiatif ASV ini, AMB berharap agar kita dapat memupuk tabiat “Makan Sihat, Hidup Aktif” dalam kalangan rakyat Malaysia. Ayuh “Eat Well, Live Well” bersama Syarikat Ajinomoto.

Siaran Akhbar