Syarikat Ajinomoto Menyokong Peniaga Makanan Tempatan

Ajinomoto Company Supports Local Food Businesses

KUALA LUMPUR, 5hb November 2021 – Penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan pelbagai industri di Malaysia. Tiada sektor yang terkecuali, termasuklah perniagaan makanan tempatan yang turut tergolong dalam sektor terjejas akibat dilanda wabak tersebut. Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menyedari sepenuhnya situasi semasa dan telah mengambil tindakan proaktif untuk menyokong para peniaga makanan tempatan melalui kerjasama dengan stesen radio tempatan, 988 FM.

Usaha ini dapat membantu perniagaan yang terjejas dalam meningkatkan publisiti jenama mereka melalui promosi radio dan media sosial. Melalui kempen ini, AMB berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan ke gerai-gerai makanan tempatan dalam usaha meningkatkan semangat para peniaga tempatan dan menambahkan daya tarikan perniagaan mereka.

AMB menjemput semua perniagaan makanan tempatan di luar sana untuk menyertai usaha ini dan memajukan lagi perniagaan anda! Penyertaan adalah mudah dan ringkas, dan anda akan berpeluang untuk mengiklankan perniagaan makanan anda secara langsung tanpa sebarang kos.

Bagi menyertai kempen ini, anda hanya perlu membuat hantaran Facebook mengenai gerai makanan anda. Kandungannya harus memaparkan nama dan lokasi gerai anda, serta gambar gerai yang disertai dengan kapsyen yang menyelerakan. Kemudian, hantar kandungan tersebut pada profil Facebook peribadi anda dengan tanda pagar #AjinomotoMalaysia dan #988.

Tempoh kempen bermula dari 1 hingga 30 November 2021. Tunggu apa lagi? Sudah tiba masanya untuk mara ke hadapan dan rebut peluang keemasan ini bagi memajukan perniagaan anda!

Teras kepada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) adalah mewujudkan nilai bersama dengan komuniti tempatan dan masyarakat yang lebih luas. AMB berharap kempen ini mampu memberikan sokongan kepada para peniaga makanan tempatan yang mereka perlukan dengan menghubungkan gerai makanan mereka dengan para pengguna melalui publisiti yang ditawarkan oleh 988 FM.

Bersama-sama kita “Eat Will, Live Well” dengan Syarikat Ajinomoto.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar