Syarikat Ajinomoto Sebarkan Kebaikan Ramadhan melalui Seri-Aji®

Ajinomoto Company Spread the Goodness of Ramadhan through Seri-Aji®

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 – Ketika umat Islam menyambut bulan Ramadhan, amalan kebaikan digalakkan untuk menyebarkan kegembiraan dan muhibah kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Oleh itu, dalam semangat bulan yang mulia ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) bersungguh untuk terus menyokong lebih 500 orang yang kurang berkemampuan di seluruh Lembah Klang.

Mengekalkan tenaga dari subuh hingga senja pada bulan Ramadhan sentiasa menjadi salah satu cabaran terutamanya bagi kanak-kanak sedang membesar yang bergerak sepanjang hari. AMB mengambil inisiatif untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk kekal bertenaga dengan berkongsi kelebihan hidangan nasi goreng yang seimbang sebagai sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Resipi Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung Kaw dan Nasi Goreng Cina Berkurma bukan sahaja lazat tetapi juga cepat dan mudah disediakan semasa bersahur. Selain itu, dengan masa yang singkat untuk diluangkan pada waktu ini, makanan yang diambil perlu penuh dengan makro dan mikronutrien yang lengkap seperti serat, protein, dan karbohidrat.

Selain menyediakan makanan berkhasiat semasa sahur, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah sehingga RM20,000 dengan menyertai Peraduan Beli & Menang Seri-Aji®. Hanya 3 langkah mudah diperlukan untuk menyertai peraduan: Beli produk Seri-Aji® berjumlah sekurang-kurangnya RM6 dalam satu resit; lengkapkan butiran yang diperlukan; dan hantarkan penyertaan melalui laman web (https://www.ajinomoto.com.my/) atau WhatsApp di +6010-901 9123 untuk membolehkan penyertaan anda dikira. Cepat, peraduan tamat pada 8 Mei 2022 jadi jangan ketinggalan!

Syarikat mengambil berat tentang kehidupan rakyat Malaysia melalui inisiatif ASV ini. Oleh itu, adalah lebih penting dalam bulan yang penuh barakah ini bahawa makanan yang berkhasiat dan lazat diberi tumpuan supaya kesihatan kita tidak terjejas. Ayuh bersama kekal bertenaga sepanjang Ramadhan dan "Eat Well, Live Well".

Siaran Akhbar