Mengenai Nutrisi Sukan

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Kumpulan Ajinomoto meneruskan sumbangan kepada pembangunan nutrisi sukan di Jepun sejak tahun 2003 melalui “Victory Project®”. “Victory Project®” menyokong aktiviti dengan memberi panduan mengenai nutrisi sukan dan penyesuaian asid amino untuk atlet terkemuka di kejohanan antarabangsa. Kumpulan Ajinomoto telah memperluaskan inisiatif ini ke negara-negara ASEAN yang lain menerusi ASEAN Victory Project®, yang melibatkan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Selama lebih daripada satu abad, Kumpulan Ajinomoto meneruskan usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui inovasi dan kepelbagaian produk. Sebagai contohnya, amino VITAL™, produk asid amino rantai bercabang adalah berkesan dalam pemulihan otot, mengurangkan keletihan dan kesakitan otot, serta menggalakkan sintesis protein otot yang sangat berguna untuk atlet dan mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan.

Inisiatif Kumpulan Ajinomoto ialah untuk memberi sokongan kesihatan melalui kepakaran kami dalam Sains Amino dan untuk membina masyarakat yang lebih sihat dengan membantu mereka supaya mengamalkan pemakanan yang baik.

Dalam Kumpulan Ajinomoto, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengembangkan sokongannya dalam nutrisi sukan, untuk terus menyumbang kepada kemajuan dalam "makanan" dan "kesihatan" untuk orang awam dan juga untuk atlet tempatan dalam masa terdekat.

Di Malaysia, "Sports Nutrition Awareness Project" telah diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM), Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB).

Projek ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet murid mengenai kepentingan nutrisi sukan melalui ceramah pendidikan, penyediaan hidangan seimbang, poster dan perkongsian maklumat di portal digital.

Matlamat utama projek ini adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan atlet murid dalam mencapai "VICTORY".

 

Disaksikan oleh orang kenamaan dari KPM, pihak pengurusan dari SSBJ dan AMB

Foto berkumpulan bersama guru dan atlet murid yang mengambil bahagian dalam ceramah kesihatan

Perkongsian maklumat nutrisi sukan bersama pakar pemakanan dan atlet murid

Atlet murid beratur untuk set makan tengah hari yang lengkap dan seimbang

Atlet murid beratur untuk set makan tengah hari yang lengkap dan seimbang

Atlet murid teruja menikmati set makan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat

Atlet murid teruja menikmati set makan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat

Portal informasi di kafeteria sekolah

Ceramah pendidikan oleh pakar pemakanan mengenai Nutrisi Sukan

Ceramah pendidikan oleh pakar pemakanan mengenai Nutrisi Sukan