Mengenai Umami

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami
Banner UMAMI

Penemuan Umami

1899
1899

Dr Kikunae Ikeda belajar di Jerman pada tahun 1899. Fizikal tubuh badan dan tahap kesihatan keseluruhan orang Jerman telah membuatnya kagum. Dr. Ikeda mempunyai keinginan yang kuat untuk meningkatkan nutrisi pemakanan rakyat Jepun.

1909
1909

Pada tahun 1909, setahun selepas penemuan saintifik yang hebat ini, Dr. Ikeda telah bekerjasama dengan Saburosuke Suzuki dan bersama-sama memperkenalkan pengeluaran industri monosodium glutamat dengan jenama AJI-NO-MOTO®, Perencah Umami yang pertama didunia telah bermula.

1908
1908

Perjalanan penemuan dimulakan dengan semangkuk tauhu yang telah direbus didalam “Kombu dashi” (sup yang dihasilkan menggunakan sejenis rumpai laut). Semasa menikmati kuahnya, Dr. Ikeda menjadi yakin bahawa terdapat rasa asas lain yang sama sekali berbeza dari manis, masin, masam, dan pahit. Kerana tertarik dengan pemikiran ini, dia mulai menganalisis komposisi “Kombu dashi”.

Dia akhirnya menemui apa yang memberikan rasa khas “Kombu” pada tahun 1908: Ianya adalah asid glutamik, sejenis asid amino. Dia telah menamakan rasa UMAMI, dan mengembangkan kaedah untuk menghasilkan penambah perasa dengan menggunakan glutamat sebagai komponen utamanya.

Video Penemuan Umami

Sumber Umami

Glutamat adalah asid amino yang memberikan rasa Umami dan banyak terdapat didalam makanan yang kaya protein.

Umami adalah rasa sedap yang terdapat didalam sebatian seperti glutamat, inosinat dan guanylat. Inosinat boleh dijumpai terutamanya pada daging dan ikan manakala guanylat lebih banyak terdapat pada cendawan seperti cendawan kering shiitake.

Tahap Umami meningkat dengan ketara semasa proses pematangan sesuatu makanan. Keju dan Tomato merah yang telah matang sepenuhnya adalah contoh yang baik.

Bahan - bahan Glutamat Inosinat Guanylat
KombuKombu (Rumpai Laut) 1985 - -
Parmesan CheeseKeju Parmesan 1680 - -
Green TeaTeh Hijau 670 - -
AnchoviesIkan Bilis 630 - -
TunaIkan Tuna - 360 -
SardineIkan Sardin - 280 -
MackerelIkan Kembung - 280 -
TomatoesTomato 250 - -
ChickenAyam - 230 -
ClamKerang 210 - -
OysterTiram 150 - -
Shiitake MushroomCendawan Shiitake - - 150
CornJagung 110 - -
Green PeasKacang Pea 110 - -
PotatoesKentang 100 - -

 

Kebaikan Umami

Meningkatkan rasa makanan

Umami bukan sahaja menambahkan rasa enak dalam makanan, tetapi juga dapat mengharmonikan rasa semua bahan untuk menghasilkan gabungan rasa sensasi yang enak didalam hidangan.

Menggalakkan pengambilan nutrien warga emas dan kanak-kanak

Rasa Umami dapat meningkatkan rasa makanan sekaligus menggalakan warga emas dan kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah nutrien yang optimum melalui pelbagai pengambilan jenis makanan.

Mengurangkan pengambilan garam sehingga 30%

Dengan menggunakan sejumlah kecil MSG, sebahagian penggunaan garam dapat dikurangkan. Pengambilan garam secara keseluruhan dapat dikurangkan hingga 30% sambil mengekalkan rasa keenakan hidangan. Ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit tidak berjangkit yang lain.

Menggalakkan pencernaan & penyerapan protein dalam tubuh manusia

Pada tahun 2006, selain di lidah, para saintis mendapati bahawa reseptor Umami juga terdapat di dalam perut yang berfungsi dengan otak kita untuk mempromosikan pencernaan dan penyerapan protein dalam tubuh manusia.