Ragout Cendawan dalam Puff Pastry

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Ingredients:
3 sudu besar Minyak zaitun
200 g Cendawan gourmet
200 g Cendawan shiitake, dihiris
200 g Cendawan tiram, batang dibuang
1 biji (sederhana) Bawang besar, dicincang
2 ulas Bawang putih, dicincang
2 sudu teh Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX® (digaul dengan 1 cawan air panas)
½ cawan/125 ml Krim putar
1 sudu teh Daun thyme, dicincang
20 ketul Puff pastry sedia guna
Cara Menyediakan
  1. Panaskan kuali leper besar di atas api sederhana.
  2. Setelah panas, tambah secukup minyak zaitun untuk menutupi dasar kuali.
  3. Tambah semua jenis cendawan dan tumis kira-kira 5 minit hingga kecut dan kuning-keemasan.
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis selama 3 minit lagi hingga bawang besar menjadi lembut.
  5. Tambah rasa dengan Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®.
  6. Tuangkan air Perencah Pati Ayam TUMIX® dan krim putar. Masak hingga campuran dikurangkan sebanyak ¾.
  7. Taburkan daun thyme cincang. Padam api dan biar menyejuk seketika.
  8. Letak cendawan di atas puff pastry dan hidang.
  • Daun thyme boleh diganti dengan daun sup ataupun daun ketumbar.

Kongsi Artikel Ini