Akihiko Nozaki

Pengarah Eksekutif

45, Jepun
Lelaki

Akihiko Nozaki

Encik Nozaki telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 April 2025 dan oleh itu, beliau tidak menghadiri sebarang mesyuarat Lembaga yang diadakan sepanjang tahun kewangan ini. Beliau juga bukan ahli dalam mana-mana Jawatankuasa Lembaga.

Encik Nozaki telah menamatkan pengajian di Universiti Hitotsubashi, Tokyo, dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada Mac 2005.

Beliau telah menyertai Ajinomoto Co., Inc Jepun pada tahun 2005 dan memulakan kerjayanya di Cawangan Chugoku di Hiroshima. Sejak itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan di Jepun dan luar negara dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto.

Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat tersenarai yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan, termasuk kepentingan dalam mana-mana perniagaan yang bersaing dengan Syarikat. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, selain daripada kesalahan trafik, jika ada, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan pengawal selia sepanjang tahun kewangan ini.