Taishi Akiyama
Pengarah Eksekutif
46, Jepun
Lelaki
Encik Akiyama telah dilantik ke Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) sebagai Pengarah Eksekutif pada 1 Julai 2025 dan oleh itu, beliau tidak menghadiri sebarang mesyuarat Lembaga yang diadakan pada tahun kewangan ini. Beliau bukan ahli mana-mana Jawatankuasa Lembaga.
Encik Akiyama telah menamatkan pengajiannya di Rikkyo University dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pentadbiran Perniagaan pada Mac 2002.
Encik Taishi Akiyama telah memulakan kerjayanya di sebuah syarikat pembuatan makanan Jepun, di mana beliau bertanggungjawab mengurus pengedaran dan jualan. Jawatan terakhir beliau sebelum meninggalkan syarikat tersebut adalah penyelia di Jabatan Pengurusan Korporat. Pada tahun 2013, beliau menyertai Ajinomoto Co., Inc, Jepun dalam jabatan kewangan dan semenjak itu telah memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto, dengan hampir 12 tahun dalam bidang kewangan, perbendaharaan serta perakaunan dan percukaian.
Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat tersenarai yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan, termasuk kepentingan dalam mana-mana perniagaan yang bersaing dengan Syarikat. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, selain daripada kesalahan trafik, jika ada, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan pengawal selia sepanjang tahun kewangan ini.