Kumpulan Ajinomoto berterusan menangani isu-isu global dengan merentasi rantaian nilai serta sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut melalui portfolio perniagaan yang luas berfokuskan kepada makanan dan Aminoscience. Kejayaan tersebut terletak pada usaha untuk mewujudkan nilai bersama dalam kalangan komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas. Kumpulan ini menamakan falsafah yang menjadi nadi perniagaannya sebagai Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Skop perniagaan pula berpandu kepada aspirasi pengasas Ajinomoto iaitu “Eat Well, Live Well” yang telah berkembang pesat di seluruh dunia.