AJI-SHIO®

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Penerangan Produk

AJI-SHIO® terdiri daripada Lada Putih Berperisa dan Lada Hitam Berperisa yang bukan sahaja memberikan rasa lada, malah memberikan lebih kelazatan dalam hidangan anda.

AJI-SHIO® Rangkaian Produk

Lada Berperisa AJI-SHIO® dibuat daripada lada yang terbaik dan disalut khas dengan perasa yang dibenarkan untuk memberikan aroma dan rasa lada yang kuat.

Lada Berperisa AJI-SHIO ® dibungkus dalam botol dispenser yang senang digunakan. Ia sesuai digunakan untuk memberikan aroma dan rasa lada yang lebih pedas kepada makanan seperti bubur, sup, makanan berdaging dan telur.

Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dibuat daripada lada hitam asli dan disalut khas dengan rempah ratus dan pelbagai bahan perasa yang terpilih untuk memberikan rasa rempah yang sebenar dan lebih lazat.

Ia sesuai untuk hidangan meja. Dengan menaburkan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® ke atas makanan kegemaran anda seperti mee goreng, makanan laut dan masakan ayam, ia akan menyerlahkan lagi rasa masakan anda dengan mudah. Ia juga sesuai digunakan untuk memerap ayam dan makanan laut panggang.