AJI-SHIO®

AJI-SHIO®
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!

Penerangan Produk

AJI-SHIO® terdiri daripada Lada Putih Berperisa dan Lada Hitam Berperisa yang bukan sahaja memberikan rasa lada, malah memberikan lebih kelazatan dalam hidangan anda.

AJI-SHIO® Rangkaian Produk

picture

Lada Berperisa AJI-SHIO® dibuat daripada lada yang terbaik dan disalut khas dengan perasa yang dibenarkan untuk memberikan aroma dan rasa lada yang kuat.

Lada Berperisa AJI-SHIO ® dibungkus dalam botol dispenser yang senang digunakan. Ia sesuai digunakan untuk memberikan aroma dan rasa lada yang lebih pedas kepada makanan seperti bubur, sup, makanan berdaging dan telur.

 

picture

Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dibuat daripada lada hitam asli dan disalut khas dengan rempah ratus dan pelbagai bahan perasa yang terpilih untuk memberikan rasa rempah yang sebenar dan lebih lazat.

Ia sesuai untuk hidangan meja. Dengan menaburkan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® ke atas makanan kegemaran anda seperti mee goreng, makanan laut dan masakan ayam, ia akan menyerlahkan lagi rasa masakan anda dengan mudah. Ia juga sesuai digunakan untuk memerap ayam dan makanan laut panggang.

FAQ

  • Jika Lada AJI-SHIO® adalah produk vegetarian, mengapakah kandungan Telur tersenarai dalam ramuannya?

    Kenyataan “Dihasilkan di dalam kilang memproses produk yang mengandungi kacang soya, gandum (gluten), ikan, susu dan telur” merujuk kepada deklarasi alergen kerana barisan pembungkusan yang dikongsi bersama produk-produk yang mengandungi kacang soya, gandum (gluten), ikan, susu dan telur tetapi tidak termasuk dalam ramuan Lada AJI-SHIO®. Maklumat ini harus dipaparkan pada label pakej kerana ia merupakan salah satu syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lada AJI-SHIO® sesuai digunakan oleh golongan vegetarian.

  • Mengapakah Lada AJI-SHIO® bergumpal setelah dibuka?

    Kelembapan dan haba yang berlebihan boleh menyebabkan gumpalan dalam kebanyakkan produk perasa. Sila simpan Lada AJI-SHIO® di tempat yang dingin dan kering untuk mengelakkannya dari bergumpal.

Cooking Recipe Book

Muat turun e-cookbook “AJI-SHIO® 30 Hari Resipi Shiok & Senang” sekarang:

E-cookbook :

Muat turun disini