Pal Sweet®

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Penerangan Produk

Pal Sweet® ialah pemanis yang memberikan rasa manis semula jadi. Dengan menggantikan gula biasa di dalam minuman anda, anda dapat menikmati kemanisan harian sepenuhnya dengan kalori yang rendah. Pal Sweet® ialah pemanis bebas gula yang semanis gula biasa dan sesuai untuk semua jenis minuman. Ia juga sesuai bagi pengguna kencing manis dengan tidak menyebabkan kenaikkan tahap glukosa.

 

 

Saiz Pembungkusan

  • 100 kepingan
  • 300 kepingan
  • 50 peket kecil
 

 

FAQ

Pal Sweet® merupakan pengganti gula yang kemanisannya berasal daripada Aspartam dan ia tidak mempunyai sakarin seperti yang terkandung dalam pengganti gula yang lain. Ia berkalori rendah dan mempunyai kemanisan yang sempurna tanpa rasa pahit selepas penggunaan seperti yang biasa dijumpai dalam pengganti gula di pasaran.

Pal Sweet® boleh didapati dalam bentuk peket kecil dan kepingan. Kemanisan bagi setiap peket kecil Pal Sweet® adalah sama dengan 2 sudu teh gula, manakala setiap kepingan adalah sama dengan 1 sudu teh gula.

Aspartam telah diberi taraf GRAS (Secara Amnya Diiktirafkan Sebagai Selamat) oleh FDA (Pentadbiran Ubatan Dan Makanan Amerika Syarikat). Ia juga didapati selamat untuk orang ramai – termasuk kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusukan anak – oleh badan-badan kawalan seperti Jawatankuasa Pakar Bersama FAO/WHO Mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA).

Pengambilan Harian Boleh Diterima (ADI) merupakan garis panduan yang digunakan untuk menentukan kuantiti bahan tambahan makanan yang boleh dimakan dengan selamat oleh pengguna dalam diet harian mereka. FDA US telah menetapkan ADI maksimum yang dibenarkan bagi Aspartam ialah 50mg setiap kg berat badan sehari. Jadi, sekiranya berat badan anda ialah 60 kg, anda boleh mengambil maksimum 3,000 mg Aspartam sehari.

Ya! Pal Sweet® ialah pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis dan mereka yang mementingkan kesihatan. Ia menambah kemanisan pelbagai jenis minuman dan makanan tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Aspartam, bahan utama dalam Pal Sweet® merupakan pengganti yang selamat dan sihat untuk gula. Ia dibuat daripada asid amino yang berasaskan protein yang boleh didapati secara semula jadi dalam ikan, bijirin, sayur-sayuran hijau dan produk susu. Penggunaan Aspartam telah diluluskan di lebih daripada 120 negara di seluruh dunia. Ia digunakan secara meluas sebagai pemanis dalam produk makanan komersil, seperti minuman berkarbonat, agar-agar dan yogurt.