SERI-AJI®

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Product Description

SERI-AJI® adalah perasa khusus untuk menu yang membantu anda menyediakan hidangan masakan di rumah yang lazat dengan cepat dan mudah.

Ia merupakan campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa bermutu tinggi, memberikan anda rasa lazat dan lengkap kepada masakan anda. Maka, anda dapat menyediakan hidangan dengan mudah hanya dengan menambah SERI-AJI® pada masakan anda yang juga membantu anda menjimatkan masa, selain daripada memuaskan cita rasa keluarga anda. Ia juga boleh digunakan untuk menyediakan hidangan lain. Ia tidak berminyak, menjadikannya lebih bersih jika dibandingkan dengan perasa berbentuk pes.

Cubalah pelbagai rangkaian produk yang ada hari ini.

TVC SERI-AJI® Terbaru

SERI-AJI® Rangkaian Produk

Diperbuat daripada cili padi dan ikan bilis sebenar untuk memberikan anda Nasi Goreng Kampung gaya Malaysia paling asli & lazat.

Sediakan Nasi Goreng Cina yang hebat ala restoran dengan kepingan bawang goreng dan rasa ayam panggang.  Aromatik & Menyelerakan!

Dengan resipinya yang unik, anda akan mendapat pengalaman baharu dengan nasi goreng perisa ayam di rumah.  Semestinya menjadi pilihan yang baik untuk seluruh keluarga.

Campuran serbuk ikan bilis terpilih memberikan anda nasi goreng perisa ikan bilis yang pedas sedikit & lazat.

Bosan dengan rasa gorengan biasa yang hanya menggunakan kunyit? Cubalah serbuk Perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI® dalam pelbagai jenis hidangan gorengan di rumah.  Ia mengandungi rempah ratus tradisional terpilih yang memberi anda sedikit rasa pedas dan seimbang kepada ayam/ikan goreng anda.  Selain daripada lauk gorengan, ia juga sesuai untuk makanan laut kacau goreng.

Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan hidangan lada hitam ala restoran dengan cepat dan mudah. Merupakan campuran eksotik lada hitam Sarawak dan herba terpilih yang memberikan anda rasa pedas lada hitam yang sebenar.

Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan lauk Masak Merah yang lazat di rumah dengan resipi istimewa yang mengandungi campuran rempah serta kaya dengan rasa tomato.
Ia sesuai untuk ayam, ikan (Ikan Kembung, Ikan Tenggiri) dan makanan laut.

Tepung Goreng SERI-AJI® adalah tepung berperisa sedia untuk digunakan yang membolehkan anda menyediakan hidangan gorengan yang rangup dan lazat untuk keluarga. Ia diperbuat daripada tepung dan rempah terpilih untuk memberi anda rasa lazat dan kerangupan terbaik. Anda hanya perlu melumur Tepung Berperisa SERI-AJI® pada bahan yang hendak digoreng sebelum menggoreng.

Selain daripada ayam, ia juga sesuai untuk lauk gorengan lain seperti ikan, daging, sayur-sayuran, makanan laut dan tempe.

Terdapat dalam 2 perisa, asli dan pedas.

Perencah Tom Yam SERI-AJI® ialah adunan lengkap dengan pelbagai bahan untuk hidangan Tom Yam anda. Ia memudahkan anda dalam menyediakan sajian tomyam yang lazat! Sesuai untuk semua hidangan Tom Yam seperti sup, nasi goreng dan masakan kacau goreng juga.