Seri-Aji®

Seri-Aji®
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!

Penerangan Produk

Seri-Aji® adalah perasa khusus untuk menu yang membantu anda menyediakan hidangan masakan di rumah yang lazat dengan cepat dan mudah.

Ia merupakan campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa bermutu tinggi, memberikan anda rasa lazat dan lengkap kepada masakan anda. Maka, anda dapat menyediakan hidangan dengan mudah hanya dengan menambah Seri-Aji® pada masakan anda yang juga membantu anda menjimatkan masa, selain daripada memuaskan cita rasa keluarga anda. Ia juga boleh digunakan untuk menyediakan hidangan lain. Ia tidak berminyak, menjadikannya lebih bersih jika dibandingkan dengan perasa berbentuk pes.

Cubalah pelbagai rangkaian produk yang ada hari ini.

FAQ

  • Apakah perbezaan di antara Tepung Goreng Seri-Aji® dan Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji®?
    • Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji® sesuai digunakan untuk menumis dan memerap. Ia mengandungi rempah ratus yang menambahkan rasa pedas dan perisa kari pada gorengan ayam, ikan, udang, sotong dan ketam.
    • Tepung Goreng Seri-Aji® adalah tepung sedia-guna yang berperisa asli dan pedas. Ia merupakan tepung pra-campuran istimewa yang digunakan untuk menambahkan kegaringan, keenakkan dan aroma gorengan anda. Formulasinya ditingkatkan dengan rempah ratus yang berkualiti tinggi bagi menyesuaikannya untuk penggunaan semasa menggoreng ayam, makanan laut, tempeh dan sayur- sayuran.

TVC Seri-Aji® Terbaru

Seri-Aji® Rangkaian Produk

  • Nasi Goreng Kampung (RESIPI BAHARU!)

    picture

    KAW!

    Pracampuran perencah Nasi Goreng Kampung adalah dari resipi istimewa dengan bahan-bahan sebenar seperti tambahan ikan bilis, cili padi dan belacan yang menyediakan rasa lazat (KAW) untuk dinikmati bersama keluarga!

    Tabur-tabur je KAW!

  • Nasi Goreng Cina

    picture

    Pracampuran perencah Nasi Goreng Cina adalah Nasi Goreng Cina yang hebat ala restoran Cina Muslim dengan ekstra aroma kepingan bawang goreng yang menyelerakan!

    Ia sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak pada setiap masa!

  • Nasi Goreng Ayam

    picture

    Dengan resipinya yang unik, anda akan mendapat pengalaman baharu dengan nasi goreng perisa ayam di rumah. Semestinya menjadi pilihan yang baik untuk seluruh keluarga. 

  • Nasi Goreng Ikan Bilis

    picture

    Campuran serbuk ikan bilis terpilih memberikan anda nasi goreng perisa ikan bilis yang pedas sedikit & lazat.

  • Tepung Goreng Cucur

    picture

    Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur dilengkapi dengan perasa dan rempah untuk menghasilkan cucur yang enak dengan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.

    Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g dengan 325ml air dan tambahkan hirisan sayur-sayuran untuk digoreng. Tanpa perlu menambah perencah lain atau mengubahsuai campuran adunan tepung untuk tekstur yang sempurna.

    Ia sesuai untuk menggoreng cucur sayur, cucur udang dan sebagainya.

  • Tepung Goreng Pisang

    picture

    Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang diperbuat daripada pelbagai campuran tepung untuk menghasilkan pisang goreng yang rangup dan memikat selera dengan aroma vanila.

    Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g dengan 150ml air dan salutkan pisang dengan adunan tersebut untuk goreng.

    Ia sesuai untuk menggoreng pisang, cempedak dan sebagainya.

  • Nasi Goreng Kari
    kari

    Perencah Nasi Goreng Kari diperbuat daripada bahan-bahan asli seperti serbuk kari, bawang putih, dan cili yang akan memikat selera anda dengan aroma kari yang sedap. 

    Ia sesuai untuk dinikmati oleh seluruh keluarga. 

  • Perencah Rempah Gorengan Serbaguna

    picture

    Bosan dengan rasa gorengan biasa yang hanya menggunakan kunyit? Cubalah serbuk Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji® dalam pelbagai jenis hidangan gorengan di rumah.  Ia mengandungi rempah ratus tradisional terpilih yang memberi anda sedikit rasa pedas dan seimbang kepada ayam/ikan goreng anda.  Selain daripada lauk gorengan, ia juga sesuai untuk makanan laut kacau goreng. 

  • Perencah Masak Lada Hitam

    picture

    Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan hidangan lada hitam ala restoran dengan cepat dan mudah. Merupakan campuran eksotik lada hitam Sarawak dan herba terpilih yang memberikan anda rasa pedas lada hitam yang sebenar. 

  • Perencah Masak Merah

    picture

    Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan lauk Masak Merah yang lazat di rumah dengan resipi istimewa yang mengandungi campuran rempah serta kaya dengan rasa tomato.
    Ia sesuai untuk ayam, ikan (Ikan Kembung, Ikan Tenggiri) dan makanan laut. 

  • Tepung Goreng

    picture

    Tepung Goreng Seri-Aji® adalah tepung berperisa sedia untuk digunakan yang membolehkan anda menyediakan hidangan gorengan yang rangup dan lazat untuk keluarga. Ia diperbuat daripada tepung dan rempah terpilih untuk memberi anda rasa lazat dan kerangupan terbaik. Anda hanya perlu melumur Tepung Berperisa Seri-Aji® pada bahan yang hendak digoreng sebelum menggoreng.

    Selain daripada ayam, ia juga sesuai untuk lauk gorengan lain seperti ikan, daging, sayur-sayuran, makanan laut dan tempe.

    Terdapat dalam 2 perisa, asli dan pedas.

  • Perencah Tom Yam

    picture

    Perencah Tom Yam Seri-Aji® ialah adunan lengkap dengan pelbagai bahan untuk hidangan Tom Yam anda. Ia memudahkan anda dalam menyediakan sajian tomyam yang lazat! Sesuai untuk semua hidangan Tom Yam seperti sup, nasi goreng dan masakan kacau goreng juga.

  • Perencah Sup Ayam
    sup ayam

    Perencah Sup Ayam diperbuat dengan campuran yang sempurna antara garam, msg, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, memastikan rasa yang sedap setiap kali anda memasak.

    Dengan Perencah Sup Ayam Seri-Aji®, anda tidak perlu menambah garam atau rempah lain - ia sudah lengkap!