Masa Depan Makanan

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

  • Penduduk dunia sedang bertambah dengan lebih cepat berbanding kemampuan kita untuk menghasilkan makanan yang cukup bagi semua orang
  • Sebagai perintis dalam usaha mengembangkan potensi asid amino yang tak terhingga, salah satu cara Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) menangani krisis makanan ini adalah dengan menyelidik sumber-sumber asid amino yang baharu
  • Menurut protokol Gabungan Modal Alam Semula Jadi, kami telah mengukur impak menggunakan sumber tradisional yang boleh dimakan bagi menghasilkan produk asid amino berbanding penggunaan sumber organik alternatif 
  • Ini cuma salah satu contoh dedikasi Ajinomoto Co. untuk membantu penduduk Dunia supaya makan dengan sihat dan hidup dengan sejahtera, melangkah jauh ke masa hadapan

vol13

Makanan Juga Berkembang!

Cara makan manusia telah banyak berubah sepanjang perkembangan sejarah. Sesetengah perubahan ini adalah jelas—contohnya, mamot bukanlah lagi pilihan makan malam—tetapi sesetengah daripada perubahan ini agak mengejutkan. Sebagai contoh, pertimbangkan oat. Hari ini oat dianggap sebagai makanan biasa, dimakan sebagai emping oat atau dalam bijirin sarapan ataupun dalam makanan ringan seperti biskut.

Tetapi hakikatnya, selama berabad lamanya oat dianggap sebagai rumpai. Sebaru tahun 1755, kamus mentakrifkan oat sebagai "dimakan oleh manusia di Scotland, tetapi hanya sesuai untuk dimakan oleh kuda di England." (Berdasarkan ini, seorang lelaki Scotland yang pandai berjenaka pintar menjawab, "Itulah sebabnya England mempunyai kuda yang sihat dan Scotland mempunyai orang yang sihat!")

Malah pada hari ini, sesetengah tumbuh-tumbuhan dan haiwan dianggap sebagai makanan di sesetengah tempat di dunia, tetapi tidak di tempat lain. Bahkan untuk makanan biasa seperti anggur, ada bahagian tumbuhan itu yang dimakan dan dinikmati hanya di wilayah tertentu—seperti daun pokok anggur yang merupakan makanan tradisional di Greece dan Turki tetapi dibuang di kebanyakan negara lain.

vol13

Krisis Makanan Hari Ini

Seperti yang dibincangkan dalam surat berita pertama dalam siri ini, penduduk dunia bertambah dengan cepat melampaui ketersediaan makanan. Menurut angka terbaru yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2017, penduduk dunia pada masa ini berada pada tahap kira-kira 7.6 bilion orang dan dijangka akan mencapai 9.8 bilion orang menjelang tahun 2050.

Untuk menyediakan makanan bagi penduduk seramai ini, pengeluaran makanan perlu meningkat sebanyak 60% berbanding tahun 2005-2007. Tetapi hakikat yang malang ialah jumlah tanah pertanian yang tersedia di seluruh dunia telah mencapai tahap mendatar dan sebenarnya dijangka berkurangan pada masa depan. Sebab utamanya adalah penurunan kualiti tanah, keterbiaran tanah pertanian dan perubahan iklim.

Akibatnya, pelbagai organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengalihkan perhatian mereka kepada krisis makanan sebagai isu penting yang dihadapi oleh planet kita.

 

more

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau [email protected] / [email protected]

Kongsi Artikel Ini