Menangi Hadiah dengan Lawatan Interaktif & Menyeronokkan Secara Atas Talian

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

KUALA LUMPUR, 18 September 2020 - Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) ingin menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa sebuah 0.6L pengisar peribadi bernilai RM120 setiap satu kepada 20 pemenang bertuah setiap bulan. Orang ramai digalakkan untuk menyertai lawatan interaktif dan menyeronokkan secara atas talian bagi berpeluang menyertai cabutan bertuah. Lawatan atas talian ini telah bermula pada 15th September 2020 di laman sesawang rasmi Ajinomoto.

1909

Para peserta hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah iaitu “Watch, Discover & Win”. Lawatan atas talian ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk menyertai cabutan bertuah, peserta perlu menonoton video yang disediakan secara atas talian, lengkapkan soal selidik ringkas dan isi borang penyertaan, semudah ABC.

Demi memenuhi norma baharu yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, AMB mengambil inisiatif untuk mengembangkan lawatan secara fizikal Ajinomoto 1909 Infoseum ke lawatan interaktif dan menyeronokkan secara atas talian. Ini bertepatan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mengutamakan keselamatan setiap pelawat. Lawatan atas talian yang berinformasi serta menjadi lawatan tanpa sebarang sentuhan untuk semua.

Lawatan fizikal Ajinomoto 1909 Infoseum telah bermula sejak dari tahun 2011 dengan lebih dari 5,000 orang pelawat setiap tahun. Dengan initiatif baharu ini, ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengunjung terutama mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang. Setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk menikmati lawatan secara fizikal atau digital. Layari www.ajinomoto.com.my/onlineinfoseum untuk menyertai dan memenangi hadiah-hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau [email protected] / [email protected]

Kongsi Artikel Ini