Pak 'AJI' Selalu Ada!

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 - Menjamu selera di luar sering menjadi pilihan masyarakat moden. Malangnya, COVID-19 telah mengubah norma ini, kerana masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di rumah menyediakan hidangan untuk keluarga mereka sendiri. Cabaran yang paling utama tentang gaya hidup baru ini adalah bagaimana golongan ibu yang bekerja dan juga suri rumah memastikan masakan mereka berkhasiat dan enak untuk seluruh ahli keluarga.

ecom

Mujur Pak ‘AJI’ sentiasa ada untuk memberi inspirasi dan memperkasakan jati diri masyarakat, terutama sekali golongan ibu, untuk menyediakan hidangan yang mudah, cepat, berkhasiat dan enak menggunakan kaedah “Campur, Campur, Siap!”. Ianya semudah ABC! Hanya gunakan sayur campuran dengan bahan-bahan tinggi protein seperti ayam, daging atau makanan laut, masak saja dengan menggunakan penambah perasa ‘AJI-NO-MOTO’.

Pak ‘AJI’ akan sentiasa membawa keriangan kepada setiap keluarga di Malaysia melalui kepakarannya dalam bidang masakan kerana dia percaya dengan slogan “Eat Well, Live Well”. Bagi meneruskan usaha ini, Ajinomoto dengan bangganya melancarkan peraduan “Beli & Menang Pak AJI Selalu Ada”. Dengan pembelian penambah perasa ‘AJI-NO-MOTO’ serendah RM5, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah hingga RM11,000.
Dapatkan penambah perasa ‘AJI-NO-MOTO’ di kedai-kedai berhampiran atau di kedai utama dalam talian di Lazada dan Shopee! Layari www.ajinomoto.com.my/pakajiselaluada dan hantarkan penyertaan dengan e-borang serta kepilkan resit pembelian anda. Pemenang akan
diumumkan dua minggu sekali di laman Facebook Ajinomoto Malaysia dan laman web www.ajinomoto.com.my. 1,000 penyertaan pertama layak menerima pen edisi terhad Pak ‘AJI’.

Jagalah keselamatan anda kerana pandemik ini masih belum berakhir lagi. Terus kekal menyediakan hidangan di rumah. Untuk resipi yang lebih enak dan sedap, anda hanya perlu ‘follow’ akaun Facebook dan laman sesawang rasmi Ajinomoto Malaysia. Pak ‘AJI’ akan sentiasa ada untuk membantu anda menyediakan masakan di rumah yang sedap dan berkhasiat.

For more information, please contact Mr. Meor Azwin / Ms. Cindy Chan at +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) or [email protected] / [email protected]

Kongsi Artikel Ini