Resepi Rojak Mee

Rojak Mee
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Rojak mee adalah resepi Jawa gurih klasik yang terdiri dari dasar mi rebus dan telur rebus dan tauhu goreng. Hidangan ini senang disediakan.

User
Cadangan Hidangan

Kuah Rojak Mee yang pekat lagi memikat ini sesuai dimakan pada waktu petang. Resepi Rojak Mee ini sangat mudah untuk disediakan dan semestinya lebih sihat dan seimbang.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: kuah

1 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
25 tangkai Cili kering, direbus
¾ cawan Minyak masak
1 sudu besar Udang kering, direndam
150 g Kacang tanah, digoreng dan dikisar
1 sudu besar Asam jawa, digaul dengan 2 cawan air dan ditapis
2 biji Kentang, dikisar dengan 1 cawan air
3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
100 g Gula melaka

Bahan-bahan A: bahan iringan

400 g Mee kuning, dicelur
2 biji Tauhu, digoreng dan dipotong
3 biji Telur rebus, digoreng dan dipotong
1 biji Kentang, direbus dan dipotong
½ batang Timun, dihiris panjang
½ biji Sengkuang saiz kecil, dihiris panjang
Method
Cara Menyediakan
  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan udang kering bersama minyak masak.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang kisar, kacau sehingga kering.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
  5. Masukkan kentang kisar.
  6. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula Melaka.
  7. Kacau sehingga pecah minyak.
  8. Letakkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, masukkan bahan-bahan iringan yang lain dan tuangkan kuah. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg