Acar Jelatah

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Resepi Acar Jelatah yang mudah ini enak dimakan dengan hampir semua jenis nasi, terutamanya Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Beriyani! Cukup dengan semua rasa masam, manis, masin dan sedikit pedas untuk membangkitkan selera.

Cadangan hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:
100 g Timun, dipotong
100 g Nanas, dipotong
100 g Lobak merah, dipotong memanjang
2 biji Bawang merah, dihiris
1 biji Cili merah, dihiris
3 sachet Pal-Sweet®
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Cuka masakan
1 sudu kecil Jus limau nipis
Cara Menyediakan

1. Satukan Pal-Sweet®, garam, cuka masakan dan jus limau, gaul sebati.
2. Masukkan ke semua bahan dan campurgaulkan sehingga sekata.
3. Sedia untuk dihidang.

 

Kongsi Artikel Ini