Aiskrim Vanila Goreng

25 minit

6 Hidangan


Pencuci mulut yang lazat dengan rangup di luar dan tekstur dalaman yang lembut dan berkrim. Gabungan pencuci mulut panas dan sejuk yang mudah dan cepat dibuat.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
150 ml | Air |
1 bekas | Aiskrim vanilla |
12 keping | Roti putih |
Secukupnya | Minyak masak, untuk menggoreng |

- Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.
- Senduk ais krim pada satu keping roti, kemudian letakkan 1 keping roti di atas. Potong menggunakan cawan. Ulangi sehingga semua roti digunakan.
- Salutkan dengan adunan tepung.
- Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.


