Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Bagi penggemar Asam Pedas, resepi Asam Pedas Ikan Pari ini perlu dicuba kerana proses penyediannya yang mudah dan enak. Rasa pedas dan masamnya memang cukup menyelerakan! Pasti mahu menambah nasi lagi.

Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
2 cawan Air
1 biji Bunga kantan, dibelah dua
5 tangkai Daun kesum
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula
5 batang Bendi, dibelah dua
1 batang Terung, dipotong
500 g Ikan pari, dipotong

Bahan-bahan A: dikisar

1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
20 tangkai Cili kering, direbus
1 inci Halia
1 batang Serai
½ inci Kunyit hidup
1 cawan Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
  5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
  6. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg