Ayam Buttermilk


6 orang


Ayam Buttermilk adalah hidangan yang sedap dan mudah dimasak dengan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan. Anda boleh menghidangkan masakan ini dengan nasi dan beberapa sayuran kukus untuk hidangan lengkap.
Terdapat banyak resipi berbeza untuk Ayam Buttermilk, tetapi bahan asasnya adalah salutan ayam dengan tepung goreng dan bahan perasa sebelum menggorengnya. Bahan-bahan sos buttermilk pula termasuk rempah ratus, mentega, dan susu cair.

800 g | Ayam, dipotong kecil |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
4 sudu besar | Tepung jagung |
1 liter | Minyak masak |
Bahan-bahan: kuah
50 g | Mentega |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 tangkai | Daun kari |
5 biji | Cili padi, dihiris halus |
200 ml | Susu cair |
200 ml | Air |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Garam |
½ sudu kecil | Gula |
2 sudu besar | Tepung jagung, dicampur dengan air |

- Perapkan ayam dengan AJI-NO-MOTO®. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
- Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
- Di dalam kuali, cairkan mentega.
- Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
- Masukkan susu cair dan air.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
- Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sekata.
- Sedia untuk dihidang.


