Ayam Cili Kam Heong

Ayam Cili Kam Heong
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
To watch the cooking video, please click
Ajinomoto Malaysia
4 orang
Bahan-bahan
1 kg Dada ayam, dipotong dadu sederhana besar
Secukup Minyak masak

Bahan-bahan A: untuk salutan ayam

300 g Tepung jagung
1 sudu kecil Lada hitam
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®

Bahan-bahan B: untuk kuah

1 biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
2 inci Halia*
4 batang Serai*
3 sudu kecil Udang kering, rendam dan dituskan*
3 sudu besar Pes cili
2 sudu besar Sos tiram
4 keping Cili kering
3 tangkai Daun Kari
3 helai Daun limau purut
3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
3 sudu besar Gula
Cara Menyediakan
  1. Campur gaulkan tepung jagung, lada hitam, garam, dan AJI-NO-MOTO®.
  2. Masukkan ayam dan salutkan dengan campuran tepung tadi hingga rata.
  3. Gorengkan ayam hingga sedikit kuning keemasan dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar (*) sehingga naik bau.
  5. Masukkan pes cili dan sos tiram. Masak selama 4 minit.
  6. Kemudian masukkan gula, cili kering, daun kari, daun limau purut dan AJI-NO-MOTO®.
  7. Masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau seketika sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan.
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner_footer.jpg