Ayam Cincang Goreng bersama Telur dan Suhun

Ayam Cincang Goreng bersama Telur dan Suhun
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Suhun yang dimasak bersama isi ayam dan telur ini semakin mendapat tempat dihati sesiapa yang sudah menjamahnya. Enak dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu saja.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
272.4 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
14.6 g
Protein
Protein
14.3 g
Fat
Fat
17.4 g
Sodium
Sodium
395.3 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

200 g Ayam cincang
4 biji Telur
3/4 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
1/3 sudu kecil Serbuk lada sulah
3 sudu besar Minyak masak
1/2 biji Bawang merah, dihiris
2 ulas Bawang putih cincang
50 g Suhun, rendam di dalam air dan ditapis
3/4 sudu besar Tepung jagung, di campur dengan 1 sudu besar air

Bahan-bahan A:

1/3 sudu kecil Serbuk lada sulah
1 sudu kecil Tepung jagung
1 sudu kecil Minyak bijan
1/2 sudu besar Minyak masak
1/3 sudu besar Sos ikan
3/4 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/4 sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam bersama bahan perap (A) sekurang-kurangnya 1 jam.
  2. Pukul telur bersama serbuk ayam dan serbuk lada sulah. 
  3. Panaskan 1 sudu besar minyak, kacau goreng telur sehingga masak. Ketepikan.
  4. Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan ayam perap, kacau goreng sehingga masak. 
  5. Masukkan suhun dan telur, kacau rata.
  6. Masukkan campuran tepung jagung. Hidang bersama nasi panas. 
     
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg