Ayam Golek Pengantin

Resepi Ayam Golek Pengantin Berempah Mudah dan Sedap
Description
Keterangan Resipi

Ayam Golek merupakan hidangan tradisional Malaysia yang dinikmati sejak turun temurun. Hidangan ini berperisa dan lembut, menjadikannya pilihan yang menarik untuk sesiapa sahaja yang mencari sesuatu yang berbeza daripada resepi ayam goreng biasa.

Apa yang membuatkan Resepi Ayam Golek daripada Ajinomoto Malaysia ini begitu istimewa ialah adunan unik rempah yang digunakan untuk memasak ayam. Hasilnya ialah hidangan yang lazat dengan rasa ayam berempah.

Ingredients
Bahan-bahan
1 ekor (kecil) Ayam
3 sudu besar Minyak sapi
400 ml Santan (1 kelapa)
Sedikit AJI-NO-MOTO® secukupnya
Sedikit Garam secukupnya
1 sudu besar Pati Ayam TUMIX®
2 sudu besar Kerisik
1 biji Limau nipis, diperah
1 paket Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®

Bahan Rempah (larutkan dengan 200 ml air):

1 paket Perencah Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu besar Serbuk ketumbar
1 sudu besar Serbuk jintan manis
1 sudu besar Serbuk jintan putih

Bahan Kisar:

1 labu Bawang besar
4 ulas Bawang putih
1 batang Serai
3 biji Buah keras
3 sudu besar Bawang goreng
Method
Cara Menyediakan
  1. Ikat kaki ayam, cucuk dengan garfu dan kukus selama 45 minit.
  2. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar sehingga harum.
  3. Masukkan campuran Perencah Lada Hitam SERI-AJI® dan rempah, kacau sehingga naik bau.
  4. Tuangkan santan dan air kukusan ayam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  5. Masukkan AJI-NO-MOTO®, garam dan Pati Ayam TUMIX®.
  6. Masak sehingga separuh pekat, bubuh kerisik dan masak lagi. Bila pekat, masukkan jus limau dan kacau.
  7. Padamkan api, masukkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®. Angkat dan siram di atas ayam.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg