Ayam Goreng Kunyit

1 jam

5 Hidangan

Ayam Goreng Kunyit adalah hidangan popular di banyak negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Cara masak Ayam Goreng Kunyit ialah dengan memerap ayam bersama serbuk kunyit, bawang putih, dan halia sebelum digoreng.
Ketahui Resepi Ayam Goreng Kunyit yang rangup dengan sempurna. Resepi ini menghasilkan Ayam Goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
350.8 kcal

Carbohydrate
1.7 g

Protein
19.8 g

Fat
29.1 g

Sodium
380.4 mg

Bahan-bahan:
500 g | Seluruh paha ayam, di potong |
1 sudu kecil | Serbuk kunyit |
1 biji | Telur |
1/4 sudu kecil | Cuka |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
3/4 sudu kecil | Garam |
Sedikit | Minyak masak (untuk gorang penuh) |
Bahan-bahan A:
1 saiz ibu jari | Halia |
3 - 4 ulas | Bawang putih |
2 sudu besar | Air (jika perlu) |

- Perap ayam selama 30 minit bersama kesemua bahan-bahan kecuali minyak masak.
- Panaskan minyak, goreng sehingga garing dan masak.
- Dihidang panas bersama nasi panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 17% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


