Ayam Gulung Berperisa Kari

Ayam Gulung Berperisa Kari
Description
Keterangan Resipi

Ayam Gulung Berperisa Kari

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: untuk adunan tepung goreng & salutan

2 cawan Tepung gandum
Secukup rasa Garam
2 biji Telur (besar)
2 cawan Air
Sedikit Cebisan roti
2 biji Telur yang telah dipukul, untuk salutan

Bahan-bahan A: untuk inti (digaul rata)

350 g Ayam kisar
Secukup rasa Garam
3 sudu besar Serbuk kari
1½ sudu teh Halia
1½ sudu teh Bawang putih

Bahan-bahan B: untuk inti

5 sudu besar Minyak masak
3 biji (besar) Bawang besar, dipotong dadu
2 tangkai Daun kari, dihiris
2 biji Cili hijau, dicuci & dicincang
1½ sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
Secukup rasa Garam
1 sudu teh Bawang putih, dicincang
1 sudu teh Halia, dicincang
1 sudu teh Cebisan cili (flakes)
500 g Ubi kentang, dicuci, direbus, dikupas kulit & dilenyek
Sedikit Daun ketumbar, lebih kurang 1 sudu besar
Method
Cara Menyediakan
  1. Adunana tepung goreng: Masukkan tepung gandum, garam dan telur ke dalam mangkuk. Gaul rata dan tambah air.
  2. Pukul hingga tiada gumpalan. Ketepikan.
  3. Inti: Panaskan minyak dalam kuali. Gaul masuk bawang besar, daun kari dan cili hijau.
  4. Masukkan bahan-bahan (A), campur-gaul dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, Lada Berperisa AJI-SHIO® dan garam hingga cukup rasa. Tambah halia, bawang putih dan cebisan cili. Kacau sebati di atas api sederhana.
  5. Setelah ayam masak, bubuh ubi kentang lenyek. Di atas api perlahan, kacau sekata. Taburkan daun ketumbar dan padam api. Biar inti menyejuk.
  6. Sapukan sedikit minyak pada kuali griddle, tuang masuk sesenduk adunan tepung goreng. Pusing-pusingkan kuali di atas api sederhana supaya pancake yang nipis & rata terbentuk. Setelah masak, pindah pancake ke atas kayu papan pastri.
  7. Letakkan inti di bahagian tengah bawah pancake. Lipatkan 2 sisi (kiri & kanan) secara kemas dan gulung dari bawah semasa pancake masih panas. Sapu sedikit telur yang telah dipukul di hujung pancake untuk menutupnya.
  8. Salut dengan telur yang telah dipukul dan cebisan roti. Goreng-celup ataupun bakar gulung ayam ini di dalam ketuhar.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg