Ayam Kong Poh

Ayam Kong Poh

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
184 kcal
Carbohydrate
52 g
Protein
23 g
Fat
77 g
Sodium
286 mg
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
Ajinomoto
5 Hidangan
45 minit
Keterangan Resipi

Cili kering dan bahan-bahan lain di dalam resepi Ayam Kong Poh ini menjadikan rasa hidangan sedikit pedas dan menyelerakan.

Bahan-bahan
500 g Ayam, dipotong kecil
Secukupnya Minyak Masak
2 tangkai Cili kering, potong panjang 1 inci dan dibuang biji
2-3 ulas Bawang putih, dicincang
½ Bawang besar, potong baji
Sedikit Air
5 tangkai Daun bawang, potong panjang 1 inci

Bahan-bahan A: bahan perap

½ sudu kecil Serbuk lada sulah
1 sudu kecil Minyak bijan
Secubit Garam
1 biji Telur
½ sudu besar Tepung jagung

Bahan-bahan B: bahan perasa

1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Minyak bijan
1/8 sudu kecil Serbuk lada sulah
1 sudu kecil Sos tiram
¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Sos plum
½ sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Sos tomato
1 sudu kecil Sos LP
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam bersama bahan-bahan (A) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak penuh, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain, tumis cili kering dan bawang putih.
  4. Masukkan bawang besar, air dan bahan perasa (B), kacau selalu.
  5. Masukkan ayam dan daun bawang, kacau rata.
  6. Keluarkan dan dihidang panas.
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner_footer.jpg