Ayam Madu

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Madu mewakili hubungan berpasangan yang berbahagia. Nikmatilah kesedapan Ayam Madu yang dimasak daripada Madu dan pati ayam TUMIX®

Bahan-bahan:
1kg | Paha Ayam (tanpa tulang) |
2 sudu besar | Air |
1 sudu besar | Minyak |
Perasa:
120g | Madu |
30g | Gula |
1/2 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
1 sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu besar | Kicap Manis |
¼ sudu teh | Kicap Pekat |

1.
Bersihkan paha ayam dan tuskan airnya.
2.
Tuangkan air dan semua bahan-bahan perasa ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
3.
Masukkan ayam dan perapkannya selama 2 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
4.
Panaskan kuali leper dan masukkan ayam yang telah diperap.
5.
Tutup dengan tudung kuali dan reneh dengan api perlahan selama 20-25 minit.
6.
Tuangkan kuahnya yang berlebihan ke dalam mangkuk untuk digunakan kemudian.
7.
Tambahkan minyak ke dalam kuali. Gorengkan daging ayam sehingga perang keemasan.
8.
Tuangkan kuah ke atas ayam dan hidangkan.
9.
Tip: Selain menggoreng ayam dalam kuali leper, anda juga boleh menggunakan ketuhar untuk memanggangnya.
Disqus comment