Ayam Masak Halia
1 jam 15 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Ayam Masak Halia adalah masakan herba masyarakat Cina yang popular di Malaysia. Cara penyediaan masakan ini dibuat dengan memerapkan ayam bersama gabungan sos tiram terlebih dahulu dan kemudian dimasak ke dalam sos campuran halia sehingga lembut.
Resepi Ayam Masak Halia daripada Ajinomoto Malaysia adalah hidangan ayam yang dimasak dengan banyak halia segar. Berikut adalah hidangan ayam yang mudah disediakan dan rendah kalori.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
182.0 kcal
Carbohydrate
4.0 g
Protein
19.0 g
Fat
10.0 g
Sodium
241.0 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan:
500 g | Ayam, potong kecil |
2 sudu kecil | Minyak masak |
1/2 cawan | Air |
1/3 sudu kecil | Minyak bijan |
1 sudu kecil | Tepung jagung dicampur bersama 1 sudu besar air |
Bahan-bahan A: perap
1/3 sudu kecil | Gula |
½ sudu kecil | Serbuk lada sulah |
½ sudu kecil | Kicap pekat |
½ sudu kecil | Sos tiram |
¾ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
Bahan-bahan B:
¼ biji | Bawang besar, dihiris |
½ saiz ibu jari | Halia, potong memanjang |
1-2 biji | Bawang putih, di cincang |
2 tangkai | Cili kering, rendam didalam air dan dibuang bijinya |
Cara Menyediakan
- Perap ayam bersama bahan perap (A) selama 30 minit.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan (B). Keluarkan separuh bahan tumisan, ketepikan.
- Masukkan ayam, kacau diatas api sederhana sehingga sedikit masak.
- Masukkan air dan reneh di atas api kecil selama 15 minit atau sehingga ayam lembut dan masak.
- Masukkan minyak bijan, campuran tepung jagung dan separuh bahan tumisan (B). Kacau rata.
- Sedia dihidang bersama nasi putih.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 19% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes