Ayam Masak Kari Kering (Varuval Ayam)

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Bersedia berpeluh dengan sajian terkemuka India Selatan, Varuval Ayam yang juga merupakan masakan yang digemari ramai. Perencah Lada Hitam SERI-AJI® dan Perencah Pati Ayam TUMIX® sememangnya gabungan hebat yang membuatkan Ayam Masak Kari Kering enak dan membuka selera.

Bahan-bahan:
½ ekor/750g | Ayam, dipotong kecil |
3 cawan | Minyak masak untuk goreng-celup |
1 sudu teh | Bijan yang telah dibakar |
3 sudu teh | Serbuk rempah lima India (disediakan sendiri) |
½ cawan | Daun ketumbar, dipotong halus |
Bahan-bahan perap:
2 sudu teh | Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI® |
2 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
2½ sudu besar | Serbuk kari perisa daging |
Secukup | Garam |
Bahan-bahan A:
4 sudu besar | Minyak masak |
5 – 6 keping | Cili kering, dipotong 3 atau 4 keping dan digoreng |
½ sudu teh | Biji sawi |
½ sudu teh | Biji sajira (Caraway seeds) |
½ sudu teh | Kacang dhal Australia, dibersihkan |
1 ketul (inci) | Kulit kayu manis |
3 – 5 biji | Daun cengkih |
3 – 5 biji | Buah pelaga |
8 biji | Bawang merah, dihiris |
1 sudu teh | Jintan putih, ditumbuk |
2 tangkai | Daun kari |

1.
Potong, bersih dan cuci ayam. Toskan air dan keringkan. Letak dalam mangkuk dan perap dengan bahan-bahan perap. Ketepikan.
2.
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng-celup ayam hingga kira-kira ¾ cooked masak. Angkat dan ketepikan.
3.
Tinggalkan hanya 4 sudu besar minyak dalam kuali. Panaskan kuali, tambah masuk cili kering dan goreng hingga perang gelap. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
4.
Dengan baki minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan A sehingga bawang merah tukar warna. Masukkan pes kari (bahan-bahan perap), kacau hingga minyak terbit.
5.
Kembalikan ayam dan kacau sebati. Masukkan cili kering, serbuk rempah lima dan daun ketumbar. Terus kacau hingga ayam mengering. Taburkan bijan dan kacau. Padam api.
6.
Pindah ke atas pinggan, tinggalkan minyak berlebihan dalam kuali. Hidang panas.
Disqus comment