Ayam Mentega Berkrim

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Resepi Ayam Mentega Berkrim yang rangup ini sangat sedap kerana resepinya yang mudah, kuahnya yang lemak berkrim dan sedikit pedas cili api.

Cadangan Hidangan: 4 – 6 orang

Bahan-Bahan:
800 g | Ayam, dipotong kecil |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
4 sudu besar | Tepung jagung |
1 liter | Minyak masak |
Bahan-bahan: kuah
50 g | Mentega |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 tangkai | Daun kari |
5 biji | Cili padi, dihiris halus |
200 ml | Susu cair |
200 ml | Air |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Garam |
½ sudu kecil | Gula |
2 sudu besar | Tepung jagung, dicampur dengan air |

1.
Perapkan ayam dengan AJI-NO-MOTO®. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
2.
Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
3.
Di dalam kuali, cairkan mentega.
4.
Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
5.
Masukkan susu cair dan air.
6.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Kacau sebati.
7.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
8.
Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sekata.
9.
Sedia untuk dihidang.
Disqus comment