Ayam Popcorn

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


To watch the cooking video, please click

Menu ayam popcorn yang ringkas ini membuatkan kita tak berhenti mengunyah. Cara penyediannya yang mudah serta kerangupannya menjadi kegemaran sekeluarga.

Cadangan Hidangan: 4 – 5 orang

Bahan-bahan:
1 kg | Dada Ayam, dipotong dadu |
4 biji | Telur, dipukul rata |
1 cawan | Mentega tanpa garam |
Secukupnya | Minyak masak,untuk menggoreng |
Bahan-bahan A: (untuk perap)
4 ulas | Bawang Putih (dikisar) |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1½ sudu kecil | Garam |
½ sudu kecil | Paprika |
Bahan-bahan B: (untuk salut)
5 cawan | Emping Jagung, dikisar |
1 cawan | Tepung Gandum |
1 cawan | Tepung Jagung |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |

1.
Perapkan ayam dengan bahan-bahan (A) selama 30 minit.
2.
Gaulkan bahan-bahan (B) di dalam bekas yang berlainan, masukkan ayam dan gaul rata
3.
Masukkan ayam ke dalam telur gaul rata.
4.
Kembalikan ayam ke dalam campuran (B) dan gaul sehingga salutan pada ayam melekat sepenuhnya.
5.
Panaskan minyak dan mentega.
6.
Gorengkan ayam sehingga kuning keemasan.
Disqus comment