Ayam Reneh dengan Cendawan & Buah Berangan

Ayam Reneh dengan Cendawan & Buah Berangan
Description
Keterangan Resipi

Menjamu sajian asli ini dari kota Orient. Bagi sesiapa yang mengidamkan ayam rebus, anda mesti cuba masak ini di rumah. Persediaan bagi hidangan ini senang dengan Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX®.

Ingredients
Bahan-bahan
500 g Ayam, dipotong
5 biji Buah berangan kering
3 kuntum Cendawan kering, direndam & dipotong setengah
60 g Lobak merah, dipotong ikut bentuk kesukaan
80 g Kubis bunga, dipotong floret
5 hiris Halia
3 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1 sudu besar Minyak bijan
1 tangkai Daun bawang, dipotong seksyen
200 ml Air

Bahan perencah (A):

½ sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
Serenjis Lada Berperisa AJI-SHIO®

Bahan perencah (B):

1 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh Kicap cair
Serenjis Garam
1 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
Method
Cara Menyediakan
  1. Rendam buah berangan semalaman dalam peti sejuk. Bersihkan buah tersebut dan didih dalam air sekurang-kurangnya 20 minit supaya bertukar lembut.
  2. Perap ayam dengan bahan perencah (A) selama 20 – 25 minit.
  3. Panaskan minyak bijan dan goreng bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam, diikuti dengan cendawan dan bahan perencah (B). Kacau-goreng seketika.
  4. Masukkan air dan daun bawang. Reneh selama 20 minit.
  5. Tambah masuk lobak merah, buah berangan dan kubis bunga. Biar mereneh selama 10 – 15 minit lagi, atau ayam menjadi lembut dan sos memekat.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg