Ayam Serai Vietnam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Ayam Serai Vietnam

Bahan-bahan A:
600 g | Dada/paha ayam, dibuang tulang & dipotong kepada kutlet 3-4 sm |
1 sudu besar | Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX® |
1 sudu besar | Air |
2 sudu teh | Jus limau nipis |
3 ulas | Bawang putih, ditumbuk halus |
1 peket | Perencah Nasi Goreng Cina SERI-AJI® |
1 sudu besar | Serbuk kari daging |
Bahan-bahan B:
2 sudu besar | Gula |
3 sudu besar | Air |
3 sudu besar | Minyak masak |
2 tangkai | Serai (bahagian lembut sahaja), dipotong halus |
3 ulas | Bawang merah, dihiris nipis |
3 biji | Cili merah, dibuang biji & dipotong halus |
Secukup | Garam |
1 tangkai | Daun bawang (untuk hiasan) |

1.
Campur-gaul semua bahan (A), perap selama 15 minit.
2.
Di atas api kecil, gaulkan gula dengan 1 sudu besar air sehingga gula cair.
3.
Biar menjadi warna karamel. Tambah 2 sudu besar air. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.
4.
Panaskan minyak, tumis serai, bawang merah dan cili merah hingga naik bau.
5.
Tambah masuk ayam dan karamel. Kacau sebati hingga ayam masak dan sos memekat. Taburkan garam hingga cukup rasa.
6.
Hias dengan daun bawang.
Disqus comment