Ayam Yin Yang

1 jam 15 minit

10 Hidangan


Ayam Yin Yang, nikmati ayam yang lembut dan enak bersama sos sichuan pedas da dan sos halia dan daun bawang yang wangi untuk menggandakan kemakmuran anda pada Tahun Baru Cina yang akan datang ini.

Bahan-bahan: Ayam Rebus
3 liter | Air |
2 inci | Halia, dihiris nipis |
3 tangkai | Daun bawang, diikat simpul |
1 ekor | Ayam, dibersihkan dan ditapis |
5 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
2 liter | Air berais |
2 sudu besar | Minyak bijan |
Bahan-bahan: Sos Sichuan Pedas
10 ulas | Bawang putih, dicincang |
30 g | Halia, dicincang halus |
30 g | Daun bawang, dicincang |
1 cawan | Minyak cili |
½ cawan | Minyak masak |
2 sudu besar | Biji lada sichuan |
2 sudu besar | Kepingan cili kasar |
2 sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
2 sudu besar | Sos tiram |
2 sudu besar | Minyak bijan |
¼ cawan | Air rebusan ayam |
1½ sudu besar | Cuka hitam |
2 sudu kecil | Biji bijan sangai |
2 sudu kecil | Kacang tanah hancur bakar |
Bahan-bahan: Sos Halia dan Daun Bawang
1 cawan | Minyak masak |
200 g | Halia, dicincang halus |
100 g | Daun bawang, dicincang |
1 sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
20 g | Biji bijan sangai |
2 sudu kecil | Minyak bijan |

Cara menyediakan: Ayam rebus
- Perapkan ayam dengan 2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
- Masukkan air, halia, daun bawang, 2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam ke dalam periuk dan kacau rata. Didihkan.
- Masukkan ayam dan biar masak selama 8 minit. Kemudian tutup api, letakkan penutup dan biar selama 45 minit.
- Cucukkan ayam dengan chopstick, jika tiada darah yang keluar bermakna ayam telah masak sepenuhnya. Keluarkan ayam dan rendam dalam air berais selama 5 minit.
- Potongkan ayam, bahagi dua dan pindah ke pinggan hidangan yang berasingan.
- Campurkan minyak bijan dengan 1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam dan sapu pada ayam.
- Tuangkan sos sichuan pedas pada separuh bahagian ayam dan separuh lagi hidang dengan halia dan sos daun bawang di sebelah.
Cara menyediakan: Sos Sichuan Pedas
- Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk tahan panas. Ketepikan.
- Panaskan minyak cili dan minyak masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan biji lada sichuan dan kepingan cili kasar biarkan pada api perlahan selama 8 minit untuk menyerap rasa ke dalam minyak.
- Tuangkan minyak panas ke dalam mangkuk dengan campuran. Masukkan TUMIX® Perencah Pati Ayam sos tiram, minyak bijan, air rebusan ayam dan cuka hitam.
- Tuangkan sos ke atas ayam rebus dan taburkan biji bijan sangai, kacang tanah hancur bakar dan daun bawang.
- Sedia untuk dihidang.
Cara menyediakan: Sos Halia dan Daun Bawang
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dengan api perlahan selama 5 minit atau hingga perang. Kemudian masukkan daun bawang dan goreng hingga naik bau.
- Masukkan TUMIX® Perencah Pati Ayam, minyak bijan dan biji bijan sangai. Kacau rata dan tutup api dan biar sejuk.
- Taburkan bijan panggang dan sedia untuk dihidang bersama ayam rebus.


