Bahulu
30 minit
10 Hidangan

Kuih tradisional Melayu yang gebu dan wangi. Enak dimakan bersama minuman panas atau dimakan begitu sahaja.

| 4 biji | Telur |
| 100 g | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150 g |
| 100 g | Gula aising |
| ½ sudu kecil | Serbuk Penaik |
| Secukupnya | Minyak Masak |

- Sediakan loyang dan sapukan dengan minyak. Ketepikan.
- Pukul telur sehingga kembang dan masukkan gula aising. Pukul lagi sehingga adunan pekat dan gebu.
- Masukkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150 g dan serbuk penaik. Gaul rata.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200˚C bersama loyang bahulu.
- Keluarkan loyang dan tuang bancuhan bahulu di dalam loyang dan bakar selama 5 minit.
- Sedia untuk dihidang.

Pastikan loyang panas sebelum menuang bancuhan bahulu supaya adunan tidak melekat pada loyang setelah masak.




