Bayam Rangup

Bayam Rangup
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Bayam Goreng adalah menu kudapan yang cukup terkenal kerana resepinya yang ringkas dan mudah untuk menghasilkan Bayam yang rangup. Tunggu apa lagi? Jom cuba resepi Bayam Rangup hari ini.

Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Tepung beras
½ cawan Tepung gandum
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¼ sudu kecil Garam
1 cawan Air sejuk
2 cawan Minyak masak
50 g Daun bayam, dibersihkan

Bahan-bahan: sos

80 g Gula nipah, diparut
½ cawan Air
3 tangkai Cili merah, dicincang
½ inci Halia, diketuk
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Cuka
½ sudu kecil Sos ikan
½ sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air
1 tangkai Daun ketumbar, dihiris
Method
Cara Menyediakan
  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, AJI-NO-MOTO®, garam dan air sejuk. Kacau sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga keemasan.
  3. Untuk membuat sos, cairkan gula nipah bersama air di dalam periuk.
  4. Masukkan cili merah, halia, AJI-NO-MOTO®, garam, cuka dan sos ikan. Renehkan dengan api perlahan.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati sehingga pekat. Ketepikan.
  6. Masukkan daun ketumbar dan kacau sebati.
  7. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg