BBQ Chicken Rice


5 Hidangan


Teringin nak makan Nasi Ayam BBQ tapi takut susah nak masak? Ini kami sediakan Resipi Nasi Ayam BBQ yang memudahkan anda masak di rumah. Dengan aroma BBQ panggang dan rasa ayam yang manis, di hidang pula panas-panas, oh sedapnya!

Bahan-bahan: Nasi Ayam
500 g | Beras, direndam selama 20 minit dan ditapis |
2 sudu besar | Mentega |
5 ulas | Bawang Putih, dicincang |
1 inci | Halia, dihiris |
1 batang | Kulit Kayu Manis |
1 kuntum | Bunga Lawang |
2 biji | Buah Pelaga |
2 helai | Daun Pandan, ikat menjadi simpul |
600 ml | Air |
1 sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
Bahan-bahan: Ayam BBQ
5 keping | Isi Peha Ayam Tanpa Tulang |
2 sudu kecil | Sos Barbeku |
¼ cawan | Sos Tiram |
1 sudu besar | Pes Halia |
1 sudu besar | Pes Bawang Putih |
½ sudu kecil | Tepung Jagung |
¼ cawan | Gula |
1 sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
⅛ sudu besar | Pewarna Merah (pilihan) |
Bahan-bahan: Sos 'Basting'
4 sudu kecil | Madu |
30 ml | Air |
3 sudu kecil | Sos Perapan, baki daripada perapan ayam |
Bahan Sampingan:
½ batang | Timun, dihiris |
2 tangkai | Daun Bawang, dicincang |

Nasi Ayam
- Cairkan mentega, tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
- Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam, kacau sekata. Biarkan ia masak.
- Hidangkan bersama hirisan ayam BBQ, hirisan timun dan taburkan daun bawang.
Ayam BBQ
- Satukan semua bahan perapan (A) bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Perap semalaman dalam peti sejuk.
- Keluarkan ayam dari sos perapan. Simpan sos perapan untuk penyediaan sos ‘basting’ nanti.
- Bakar ayam selama 10 minit pada suhu 200˚C di dalam ketuhar ataupun penggoreng udara yang telah dipanaskan.
- Keluarkan ayam dan sapu sos ‘basting’ kemudian panggang lagi selama 15 minit pada suhu 200˚C.
- Hidangkan bersama nasi ayam.
Sos 'Basting'
- Satukan kesemua bahan dan didihkan.
- Ketepikan.


