Bebola Pulut Bersalji

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Bebola Pulut Bersalji

Bahan-bahan:
220 g | Tepung pulut |
200 ml | Air |
40 g | Kanji gandum |
Sedikit | Air panas |
40 g | Lelemak |
200 g | Pes biji teratai |
40 g | Kelapa parut kering |
2 paket kecil | Pemanis Pal Sweet® |
Sedikit | Ceri hijau |
Sedikit | Ceri merah |

1.
Adunkan tepung pulut dan air, uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
2.
Adunkan tepung gandum dengan air panas.
3.
Gabungkan doh tepung pulut dan doh tepung gandum bersama dengan lelemak, uli sehingga menjadi doh yang licin.
4.
Bahagikan pes biji teratai kepada 10 g setiap bahagian, jadikan bebola.
5.
Bahagikan doh kepada 25 g setiap bahagian, kemudian bungkus pes biji teratai.
6.
Rebus bebola di dalam air panas sehingga terapung, keluarkan dan tuskan air, kemudian salut dengan kelapa parut kering dan Pemanis Pal Sweet®.
7.
Masukkan dalam cawan kertas, hias dengan ceri hijau dan merah.
Disqus comment