Bendi Goreng Bersama Telur

30 minit

5 Hidangan

Bendi Goreng Telur adalah hidangan yang sihat dan lazat yang popular di banyak negara Asia. Bendi dimasak sehingga empuk dan sedikit rangup, dan telurnya dikacau untuk menghasilkan tekstur yang gebu.
Resepi Bendi Goreng Telur ini adalah hidangan sampingan sayur yang mudah. Bendi yang lembut dan telur yang lazat melengkapkan makan tengah hari atau makan malam bersama seisi keluarga.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
80.0 kcal

Carbohydrate
5.4 g

Protein
2.7 g

Fat
5.3 g

Sodium
155.7 mg

1 ½ sudu besar | Minyak masak |
1/2 biji / 50 g | Bawang besar, dihiris |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
300 g | Bendi, potong 1/4 inci tebal |
1/3 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/3 sudu kecil | Garam |
1 biji | Telur |

- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kuning keemasan.
- Masukkan bendi, kacau sehingga sedikit lembut.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Akhir sekali masukkan telur di tengah-tengah kuali, kacau rata sehingga masak dan sekata.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


