Bendi Tumis Telur

15 minit

5 orang

Resipi Bendi Tumis Telur yang mudah dan sedap untuk dimasak di rumah. Gabungan klasik antara telur dan sayur bendi sememangnya sedap dimakan bersama nasi panas.

3 sudu besar | Minyak masak |
15 biji | Bendi, dipotong serong |
1 biji | Telur |
1 ½ sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
Bahan-bahan A: ditumbuk atau dikisar
3 ulas | Bawang merah |
2 ulas | Bawang putih |
3 biji | Cili merah |

- Panaskan minyak, tumiskan bahan (A) sehingga wangi.
- Masukkan bendi dan kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan telur dan goreng sehingga masak.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan kacau sekata.
- Sedia untuk dihidang.


