Nasi Beriani Ayam

Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Sedap
1 jam 20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Nasi Beriani Ayam adalah hidangan nasi berperisa yang popular di India, Pakistan, Bangladesh, dan kawasan lain di Asia Selatan. Cara buat nasi beriani ayam ialah dengan memasak beras basmathi bersama ayam, dan rempah.

Resepi Nasi Beriani Ayam ini adalah hidangan yang sedap dan boleh dinikmati bersama pelbagai hidangan sampingan. Hidangan nasi yang dimasak bersama ayam dan sudah semestinya dapat menjimatkan masa anda didapur.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
427.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
46.6 g
Protein
Protein
25.1 g
Fat
Fat
14.4 g
Sodium
Sodium
513.1 mg
Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak sapi
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
½ biji Bawang besar, dihiris halus
3 biji Bawang kecil, dihiris halus
2 ulas Bawang putih, dihiris halus
1 sudu besar Serbuk beriani, dicampur dengan ¼ cawan air
5 ketul Paha ayam
400 ml Air
50 ml Susu cair
250 g Beras basmathi, dibilas dan ditoskan
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
¾ sudu kecil Garam
Sedikit Bawang goreng
Sedikit Kacang pea
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan  bawang-bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan campuran beriani dan paha ayam, kacau rata.
  3. Biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan air, susu cair, beras, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan kedalam periuk nasi dan biarkan masak.
  5. Sedia dihidang bersama bawang goreng dan kacang pea.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg