Bihun Goreng Singapore


6 orang

Resepi Bihun Goreng Singapore adalah menu yang ringkas dan sesuai dihidangkan ketika sarapan. Pastinya menjadi kesukaan semua kerana rasanya yang enak dan tidak pedas.

350 g | Bihun, direndam |
½ cawan | Minyak masak |
7 biji | Bawang merah, dikisar |
5 ulas | Bawang putih, dikisar |
150 g | Isi ayam, dipotong kecil |
15 ekor | Udang, dibersihkan |
3 biji | Telur |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
½ sudu kecil | Kicap masin |
1 ½ sudu kecil | Garam |
100 g | Sawi, dipotong |
100 g | Lobak merah, dipotong memanjang 3 cm |
½ cawan | Air |

- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan isi ayam dan udang. Kacau sehingga masak.
- Tepikan isi ayam dan udang di dalam kuali, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, kicap masin dan garam. Kacau rata.
- Masukkan bihun, sayur-sayuran dan air. Kacau sehingga bihun lembut.
- Sedia untuk dihidang.


