Bihun Sup

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 8-12 orang

Bahan-bahan: Sambal Kicap
60 g Cili padi
6 ulas Bawang putih
4 sudu kecil Jus limau nipis
4 sudu besar Kicap manis
Secukupnya Garam

Cara menyediakan

  1. Kisarkan kesemua bahan sehingga halus.
  2. Ketepikan.
Bahan-bahan: Bahan Iringan
600 g Bihun, direbus dan ditos
300 g Taugeh, dicelur
4 tangkai Daun sup, dihiris
4 tangkai Daun bawang, dihiris
4 sudu besar Bawang goreng

Cara menyediakan

  1. Letakkan sebahagian bihun kedalam mangkuk. Sendukkan sup keatas bihun. Letakkan isi ayam, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedia dihidang bersama sambal kicap.
Bahan-bahan: Sup
6 sudu besar Minyak masak
2 batang Kulit kayu manis
4 kuntum Bunga lawang
6 biji Buah pelaga
6 biji Cengkih
10 biji Bawang merah, dikisar
6 ulas Bawang putih, dikisar
1 inci Halia, dikisar
50 g Rempah sup
4 liter Air
4 keping Isi dada ayam
8 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, gorengkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  2. Masukkan dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan ayam. Didihkan.
  5. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
  6. Setelah isi ayam masak, keluarkan dan racikkan isi ayam.

Kongsi Artikel Ini