Bilis Kacang Rangup
35 minit
10 Hidangan

Rangup dan penuh dengan snek berperisa umami. Resipi yang mudah disediakan dan enak.

| Secukupnya | Minyak masak |
| 50 g | Ikan bilis |
| 200 g | Kacang tanah |
| 6 helai | Daun limau purut |
| 5 tangkai | Cili kering, dipotong serong |
| 3 sudu besar | Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 72g |

- Panaskan minyak masak. Goreng sehingga garing ikan bilis, kacang tanah dan daun cili kering dan daun limau purut berasingan, toskan dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang bersih, masukkan ikan bilis, kacang tanah, cili kering dan daun limau purut dan taburkan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 26g dan goreng seketika menggunakan api kecil. Matikan api setelah serbuk rata dan menyaluti kesemua bahan.
- Sedia untuk dihidang.



