Bingka Labu

1 jam 5 minit

10 Hidangan

Resepi Bingka Labu yang lembut dan lemak manis, hidangan istimewa pencuci mulut di hari lebaran mahupun minum petang.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
250 g | Labu, direbus dan ditos |
200 ml | Santan |
150 g | Gula |
2 biji | Telur |
1 ½ sudu besar | Mentega |
½ sudu kecil | Minyak masak |
1 sudu kecil | Bijan putih |

- Masukkan kesemua bahan bersama Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g kedalam mesin pengisar kecuali bijan putih dan minyak masak. Kisar sehingga sebati.
- Sapu minyak pada loyang dan tuang adunan kedalam loyang. Tabur bijan putih di atas.
- Bakar selama 50 minit pada suhu 180˚C di dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
- Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong dan dihidang.


