Blok Susu Garing

Crispy Milky Block
30 minit
recipe-cook-time
10 blok
Description
Keterangan Resipi

Tekstur luar yang rangup dan berkrim lagi lembut pencuci mulut yang enak untuk dinikmati selepas makan.

Ingredients
Bahan-bahan
200 ml Susu penuh krim
200 g Tepung jagung
150 g SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
2 biji Telur, dipukul
300 g Serbuk roti (warna oren)
Secukupnya Minyak masak, untuk menggoreng

Bahan-bahan A:

800 ml Susu penuh krim
160 g Susu pekat
60 g Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Gabungkan susu penuh krim dan tepung jagung. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan-bahan (A) ke dalam periuk dan letak di atas api sederhana, kacau sehingga gula larut.
  3. Kecilkan api, masukkan bancuhan susu penuh krim bersama tepung jagung dan kacau perlahan-lahan. Teruskan mengacau sehingga memekat menjadi pes halus.
  4. Tuangkan pes susu ke dalam acuan, biarkan sejuk pada suhu bilik dan sejukkan selama 2 jam di dalam peti sejuk untuk memejal menjadi blok susu.
  5. Selepas itu potong blok susu kepada 2½ inci segi empat tepat.
  6. Salut blok susu dengan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang, diikuti dengan telur yang telah dipukul kemudian serbuk roti. 
  7. Panaskan minyak masak kepada 80°C, goreng blok susu sehingga keemasan dan garing. Sedia untuk dihidangkan.
Method
Tips
  1. Pastikan suhu rendah, anggaran 50-60˚ C semasa memasukkan bancuhan susu penuh krim bersama tepung jagung ke dalam periuk, untuk mengelakkan ia berketul.
  2. Sejuk dan pepejalkan blok susu, bukan dibekukan.
  3. Kawal suhu minyak masak sekitar 80°C semasa menggoreng. Jika suhu terlalu rendah akan menyebabkan salutan serbuk roti menyerap minyak berlebihan; sebaliknya jika suhu yang terlalu tinggi pula akan menyebabkan serbuk roti mudah hangus.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Banana Fritter Flour
Seri-Aji® Banana Fritter Flour
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg